TAJA LINUS di SK Bandar Penawar & SK Bandar Penawar 2

Murid-murid SK Bandar Penawar

Sudut LINUS di SK Bandar Penawar

Sudut LINUS di SK Bandar Penawar

Sudut LINUS di SK Bandar Penawar

Sudut LINUS di SK Bandar Penawar

Sudut LINUS di SK Bandar Penawar

TAJA LINUS di SK Bandar Penawar 2

Sudut LINUS di SK Bandar Penawar 2

Sudut LINUS di SK Bandar Penawar 2

Sudut LINUS di SK Bandar Penawar 2

TAJA LINUS di SK Bandar Penawar 2

Pemantauan LINUS di SK Bandar Penawar & SK Bandar Penawar 2















Pemantauan di SK Seri Saujana














Penghantaran Rekod Penguasaan Murid LINUS

Berikut adalah senarai sekolah yang telah menghantar Rekod Penguasaan Murid LINUS, tahniah diucapkan.

  1. SK KG BARU PASIR GOGOK
  2. SJKC NEW KOTA
  3. SK FELDA LOK HENG
  4. SK SRI SETIA JAYA
  5. SK MAWAI
  6. SK BANDAR
  7. SK TENGGAROH SELATAN
  8. SK BANDAR EASTER
  9. SK PUNGGAI
  10. SK TELOK RAMUNIA
  11. SJKT LADANG PASAK
  12. SK BUKIT LINTANG
  13. SK SUNGAI ARA
  14. SK SERI SAUJANA
  15. SK LAKSAMANA
  16. SK BUKIT MAHKOTA                      dikemaskini pada 18/2/2011
  17. SK BUKIT WAHA
  18. SK BANDAR PENAWAR
  19. SK TANJUNG SURAT                       dikemaskini pada 21/2/2011
  20. SK TAMAN KOTA JAYA
  21. SK TELOK SENGAT
  22. SJKT SUNGAI PAPAN
  23. SK LKTP AIR TAWAR 1
  24. SJKC PEI HWA                                 
  25. SK BANDAR PENAWAR                 dikemaskini pada 24/2/2011
  26. SK MUZAFFAR SYAH
  27. SK ADELA
  28. SK HUTAN LESUNG
  29. SK TANJUNG PENGELIH
  30. SK BANDAR PENAWAR 2
  31. SK SENING
  32. SK DATUK USMAN AWANG
  33. SK SRI PERANI
  34. SJKT LDG TELOK SENGAT
  35. SK NAM HENG
  36. SK SUNGAI TELOR
  37. SK SUNGAI RENGIT
  38. SK GEMBUT
  39. SJKC PEAY MIN
  40. SK TENGGAROH SELATAN
  41. SK KLEDANG
  42. SJKT LDG PELEPAH
  43. SJKC PEI CHENG
  44. SK SUNGAI PAPAN
  45. SK SUNGAI KAPAL
  46. SJKT LADANG REM
  47. SK SEMANGAR
  48. SK SEMPANG
  49. SK FELDA AIR TAWAR 5
  50. SK PENGERANG
  51. SK LINGGIU
  52. SJKC YOK POON
  53. SK LEPAU
  54. SK SERI AMAN
  55. SJKC YU HWA
  56. SJKC MAWAI
  57. SK BANDAR MAS
  58. SK SUNGAI MAS
  59. SK FELDA AIR TAWAR 4
  60. SK TANJUNG SURAT
  61. SK SEDILI BESAR
  62. SK LOK HENG SELATAN
  63. SK FELDA SEMENCHU
* Sila rujuk, Rekod Penguasaan Murid

LITERASI : KONSTRUK 1

                              BAHAN P&P INTERAKTIF
BAGI MURID TAHUN 1





* Bahan interaktif yang disediakan boleh dicetak sebagai lembaran kerja.

Guru Diminta Komited Laksana Dasar Kerajaan

PAGOH - Kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru, tetapi mahu mereka terus komited membantu melaksanakan dasar kerajaan ke arah pembangunan pendidikan negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata, kerajaan diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara dalam melaksanakan pelbagai dasar pembangunan bidang pendidikan negara.

Sehubungan itu katanya, peranan dan komitmen guru penting bagi membantu kerajaan mencapai empat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan sektor pendidikan.

“Saya mahu guru setia kepada negara dan bersama menyokong dasar pembangunan pendidikan yang dilaksanakan kerajaan pada masa ini. Guru adalah penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati dan menjadi pemimpin dalam masyarakat.

“Kita (kerajaan) mahu bersama guru dan kerajaan, sentiasa ada. Kita mahu bersama mamikul tugas dan tanggungjawab untuk membangunkan negara ini hingga berjaya,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) Johor di Dewan Seri Pekembar, di sini, semalam.


Petikan dari Berita Minggu pada Ahad 23 Januari 2011 - muka surat 4

Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik


Pengajaran dan pembelajaran Matematik seharusnya berlandaskan kepada sifat Matematik secara semula jadi yang menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Bagi  menghasilkan pengajaran dan pembelajaran Matematik yang berkesan, aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu menyediakan ruang untuk murid dan guru berinteraksi secara aktif. Sekiranya murid didedahkan kepada pelbagai pengalaman pembelajaran seperti meneroka, menyiasat,  menaakul secara logik serta menggunakan pelbagai kaedah dan strategi penyelesaian secara berkesan, mereka dapat menguasai Matematik dengan baik.

Komunikasi dalam Matematik pula adalah merupakan salah satu aspek yang perlu diberi penekanan penting. Komunikasi yang berkesan membantu murid memproses maklumat dan pengetahuan yang diperolehi dengan lebih bermakna. Komunikasi juga dapat membantu guru menilai tahap kefahaman dan kelemahan murid. Komunikasi boleh berlaku antara :

  • guru dengan murid
  • murid dengan murid,   
  • murid dengan dirinya sendiri 
  • murid dengan bahan

Komunikasi akan menjadi lebih bermakna dan efektif jika guru dan murid dapat mengoptimumkan proses mendengar, visualisasi, membaca dan perlakuan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.


Haji Abdul Latif bin Amran
FasiLINUS Numerasi
PPD Kota Tinggi

Pemantauan LINUS di SK Bukit Waha & SK Bandar

Sudut LINUS SK Bandar




Pemantauan LINUS di SK Bukit Waha