PENGISIAN DATA LINUS SARINGAN 3 & 6 TAHUN 2011


                                                                                                 Ruj. Tuan :      
                                                                                                 Ruj. Kami : JPA3005.05/600-10/2/5(    )
                                                                                                 Tarikh      :  2 November  2011

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Rendah,
Daerah Kota Tinggi.


Tuan,

PELAKSANAAN SARINGAN 3 DAN 6 PROGRAM LINUS 2011

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.         Berhubung perkara di atas, adalah diharapkan agar tuan dapat memastikan Saringan 3 dan 6 untuk program LINUS telah dijalankan di sekolah tuan. Saringan Lisan sepatutnya telah dilaksanakan antara 2 – 21 Oktober dan Saringan Bertulis dilaksanakan antara 31 Oktober – 4 November 2011.


PERKARA
TARIKH
Saringan Lisan
2 hingga 21 Oktober 2011
Saringan Bertulis
30 Oktober hingga 4 November 2011
Pengisian Data Online
7 hingga 11 November 2011



3.         Diharapkan tuan dapat memastikan guru tuan memuatnaik keputusan Saringan 3 dan 6 sekolah tuan ke dalam portal NKRA secara atas talian antara 7 – 11 November 2011 di alamat http://nkra.moe.gov.my/  Tuan juga diminta memastikan guru tuan dapat mengisi Borang Rumusan BPPI Murid LINUS Tegar dan LINUS PPD Kota Tinggi 2011 dan dikembalikan ke PPD (untuk perhatian FasiLINUS) sebelum 18 November 2011. (Borang Rumusan BPPI PPDKT disertakan atau boleh dimuatturun dari laman web PPDKT)

4.         Tuan adalah bertanggungjawab ke atas kemasukan data Saringan 3 dan 6 sekolah tuan. Kegagalan pihak tuan memuatnaik data Saringan ke dalam portal NKRA secara atas talian sebelum 11 November 2011 akan menjejaskan imej pengurusan sekolah, PPD Kota Tinggi dan JPN Johor.

5.         Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Normalili binti Idris FasiLINUS PPD Kota Tinggi di talian 013 7476787 dalam kadar segera.

Semoga dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya

EDARAN INSTRUMEN BERTULIS SARINGAN 3 DAN SARINGAN 6 PPD KOTA TINGGI

Dimaklumkan bahawa Saringan Bertulis 3 dan 6 akan bermula pada 30 Oktober 2011 hingga 4 November 2011. Kepada SEMUA Sekolah Rendah, sila KLIK untuk mendapatkan Senarai Edaran Instrumen Bertulis Saringan 3 dan Saringan 6 bagi Daerah Kota Tinggi 2011.

KEM LINUS TEGAR TAHUN 2 DAERAH KOTA TINGGI 2011


Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kem LINUS TEGAR Tahun 2 Daerah Kota Tinggi 2011 akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

a)  LITERASI :
                        Tarikh             : 11 - 12 Oktober 2011 (Selasa & Rabu)
                        Masa               : 8.00  pagi hingga 5.00 petang
                        Pendaftaran   : 7.30 - 8.00 pagi
                        Tempat           : SK Bandar Penawar 2
                       * Guru yang perlu hadir bersama murid adalah guru yang mengajar literasi murid      
                          LINUS  tegar berkenaan.
            
BIL
NAMA
SEKOLAH
LIT -K1
LIT - K2
1
SIM YING JIE
SJKC TAI SIN
X
2
SOH YONG QING
SJKC TAI SIN
X
3
MOHD HAIQAL B ZAINUDDIN
SK AIR TAWAR 5
X
4
MOHD SYUKRI B MOHD IRWAN SHAH
SK DATUK ISMAIL SAADON
X
5
MOHD ZULHAKIM MAZLAN
SK DATUK ISMAIL SAADON
X
6
MOHD FAIS B PAIMAN
SK LAKSAMANA
X
X
7
RABIATUL ADAWIYAH BT ZABIDI
SK LAKSAMANA
X
8
MOHD FAEIS  RASHIDI
SK LOK HENG SELATAN
X
X
9
NORHAFIZAH BT JAMBI
SK PANCHOR
X
X
10
MOHAMAD ALI
SK SEDILI BESAR
X
11
NURSYAZWANA BT YUSENNI
SK SEDILI BESAR
X
12
MOHD SHAHREZAD B MD SHAHAIREL
SK SUNGAI ARA
X
13
NURUL ELYANA BT MOHD SHARIF
SK TAMAN KOTA JAYA
X
14
NURUL NABILA FAZIRA BT AMRAN
SK TAMAN KOTA JAYA
X
15
MOHD AFIRUL ISKANDAR B AMER
SK TANJUNG BUAI
X
X
16
MOHD ALIF DANIAL B MOHD HADI
SK TANJUNG PENGELIH
X
√ - MENGUASAI            X - TIDAK MENGUASAI

b) NUMERASI
                        Tarikh             : 13 Oktober 2011 (Khamis)
                        Masa               : 8.00  pagi hingga 5.00 petang
                        Pendaftaran   : 7.30 - 8.00 pagi
                        Tempat           : SK Bandar Penawar 2
                       Terlibat           : 74 orang guru Numerasi Tahun 2 -Semua sekolah SK, SJKC & SJKT
                                                : 8 orang murid LINUS Tegar


BIL
NAMA
SEKOLAH
NUM - K1
NUM - K2
1
MOHD HAIQAL B ZAINUDDIN
SK AIR TAWAR 5
X
2
MOHD SYUKRI B MOHD IRWAN SHAH
SK DATUK ISMAIL SAADON
X
3
RABIATUL ADAWIYAH BT ZABIDI
SK LAKSAMANA
X
4
MOHD ALIF DANIAL B MOHD HADI
SK TANJUNG PENGELIH
X
5
MOHD FAEIS  RASHIDI
SK LOK HENG SELATAN
X
X
6
MOHD SHAHREZAD B MD SHAHAIREL
SK SUNGAI ARA
X
X
7
NURUL ELYANA BT MOHD SHARIF
SK TAMAN KOTA JAYA
X
X
8
NURUL NABILA FAZIRA BT AMRAN
SK TAMAN KOTA JAYA
X
X

√ - MENGUASAI            X - TIDAK MENGUASAI           

3.        Sebarang pertanyaan sila hubungi FasiLINUS PPD, Hj. Abdul Latif bin Amran di talian 019-7073438. Semoga dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya.



Sekian, terima kasih.             

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

TAKLIMAT PERLAKSANAAN SARINGAN 3, SARINGAN 6 & PENGISIAN DATA PROGRAM LINUS BAGI TAHUN 2011


Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
                        Tarikh             :           5 Oktober 2011 (Rabu)
                        Masa               :           2.30 – 5.00 petang
                        Tempat           :           Dewan Seri Warisan
                        Pengerusi      :           En. Ma’at Bin Kozin
           
3.         Berikut adalah maklumat am berkaitan Saringan 3 dan Saringan 6 bagi Tahun 2011:

PERKARA
TARIKH
Saringan Lisan
2 hingga 21 Oktober 2011
Saringan Bertulis
30 Oktober hingga 4 November 2011
Pengisian Data Online
7 hingga 11 November 2011

4.         Sehubungan itu, diminta seorang Penyelaras LINUS sekolah tuan untuk menghadiri taklimat tersebut. Guru akan menerima edaran CD (softcopy) yang mengandungi Instrumen Saringan 3 dan Saringan 6 pada hari berkenaan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Normalili Binti Idris, FasiLINUS PPD Kota Tinggi di talian 013-7476787.

Sekian, terima kasih.              


* Sila bawa cop sekolah bagi pengisian Borang Akuan Penerimaan