KURSUS PEMUGARAN KONSTRUK LITERASI GURU-GURU TAHUN 1 2014

Alhamdulillah, kursus tersebut telah berjaya dilaksanakan pada Isnin, 3 Mac 2014 bertempat di Dewan Seminar Seri Cendana, PPD Kota Tinggi mulai dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Terima kasih atas kehadiran rakan-rakan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1. Terima kasih juga atas komitmen yang diberi sepanjang kursus. Sesungguhnya, perkongsian input akan memberi manfaat kepada kita dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi.






Untuk melihat lebih banyak foto, sila ke 

KURSUS PEMUGARAN KONSTRUK LITERASI GURU-GURU BAHASA MALAYSIA TAHUN 1 2014

TARIKH : 3 MAC 2014 (ISNIN)

TEMPAT : DEWAN SEMINAR SERI CENDANA, PPD KOTA TINGGI

MASA : 7.30 PG HINGGA 4.30 PTG

SASARAN : GURU-GURU BAHASA MALAYSIA TAHUN 1, 
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH KOTA TINGGI.

TERIMA KASIH

LINUS PPD KOTA TINGGI ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat (Pentadbir Sekolah-sekolah Rendah, Penyelaras LINUS 2.0, guru-guru Bahasa Malaysia Tahap 1, guru-guru Matematik Tahap 1, guru-guru Bahasa Inggeris Tahap 1, Guru Pemulihan Khas, Guru Pemulihan LINUS serta semua pihak yang terlibat) dalam menjayakan Program LINUS 2.0 di Kota Tinggi sepanjang Tahun 2013. Sesungguhnya, kalian sangat dihargai.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budimu tuan rasa nak junjung.

Terima kasih.