PROGRAM SIBUK- PRASEKOLAH

PROGRAM SIBUK- PRASEKOLAH ( Sokongan Ibu Bapa Untuk Kemajuan Prasekolah) di SK BANDAR MAS pada 28 Oktober 2015. Terima kasih kepada ibubapa yang hadir dan tahniah kepada guru penyelaras LINUS2.0 SK Bandar Mas, Puan Noraini Binti Hj Musran atas usaha murni memberi pendedahan kepada ibubapa tentang kepentingan sokongan ibu bapa terhadap pendidikan awal anak-anak di pra sekolah.




BENGKEL PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR NUMERASI PROGRAM LINUS2.0 TAHUN 2015




BENGKEL PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR NUMERASI PROGRAM LINUS2.0 TAHUN 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut :

                    Tarikh / Hari               :  04 November 2015 / Rab
                     Masa                          :  8.00 pagi hingga  5.00 petang
                     Tempat                      :  Dewan SK Muzaffar Syah
                                     Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi

Alatan perlu dibawa : Kad manila, gam, gunting/cutter,
pembaris besi, pen marker dan alat tulis.
                       
Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan seorang guru yang mengajar subjek Matematik Tahap 1 bagi menghadiri bengkel tersebut. Makan dan minum peserta bengkel disediakan oleh penganjur. 
                                                  
Semoga dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.




MESYUARAT PRE COUNCIL JAWATANKUASA INDUK PROGRAM LINUS2.0 BIL 2 TAHUN 2015 PERINGKAT NEGERI JOHOR DI SK SERI PULAI PERDANA, KULAI





Pedagogi Pra Sekolah Kota Tinggi



Tahniah kepada guru Pra sekolah Kota Tinggi yang sangat proaktif dalam mengaplikasikan kaedah 'Tingkap Suku Kata' yang diperkenalkan oleh Cikgu Azlinda dari Sk Bandar Kota Tinggi semasa Bengkel Pemantapan Inisiaif Intervensi Prasekolah Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia (IIP-TKBM). Semoga memberi manfaat dan kesan positif terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak pra sekolah di Kota Tinggi. Kami yakin dan percaya kaedah-kaedah lain yang telah dikongsikan oleh jurulatih pra sekolah Kota akan turut digunakan semasa proses PdP kearah meningkatkan kualiti pendidikan. Terima kasih kepada semua JU yang terlibat. Syabas diucapkan kepada guru pra sekolah Ko