Surat Siaran JPNJ : LINUS Pemulihan Tahun 2011


Ruj Kami : JPNJ.PEM(47)/600-8/2/1 (13)
Tarikh : 4 Januari 2011
Semua  Guru Besar,
Sekolah Rendah Daerah Kota Tinggi.

Tuan,

Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Dan Intervensi (P1NCH) Tahun 2011.

Dengan hormatnya pekara di atas adalah dirujuk.

                Adalah dimaklumkan bahawa program 100% Celik Huruf (P1NCH)  tahun ini akan dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah-sekolah rendah dan menengah negeri Johor. Ini bertujuan untuk mencapai sasaran sifar Literasi dan Numerasi (3M) dengan mengenalpasti dan membantu murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas tersebut.

                Di bawah ini dinyatakan beberapa tindakan yang sewajarnya diambil dan dipatuhi oleh semua sekolah bagi pelaksanaan P1NCH.

2.         Program Pemulihan Khas Tahun 2.
2.1          Mulai tahun 2011 semua murid LINUS Pemuliharan/Tegar di tahun 1 (2010) akan mengikuti program Pemulihan Khas (LINUS) di sekolah. Walau bagaimanapun, Guru Pemulihan Khas boleh mengambil murid LINUS sekiranya bilangan murid tidak melebihi jumlah murid yang ditetapkan.

2.2          Modul LINUS Tahun 2 dan Modul Pemulihan sedia ada hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Murid tersebut akan menduduki Saringan 4, 5, dan 6 dalam program LINUS.

3.         Program Pemulihan Khas Tahun 3.
3.1          Semua murid pemulihan khas di tahun 2 (2010) yang gagal dalam Ujian Pelepasan (IPP2M dan IKAM Tahap 1) perlu mengikuti program pemulihan khas. Ujian Pelepasan 1 akan dilaksanakan pada bulan Mac 2011. (rujuk jadual pelaksanaan ujian dan penghantaran data P1NCH 2011 di lampiran).

3.2          Berkaitan dengan pelaksanaan program pemulihan sila rujuk Buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 008 (Edisi Percubaan) yang telah dibekalkan di sekolah rendah negeri Johor pada 21 Mac 2008. (Ruj: JPNJ/UPK/33/1449) dan Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) Cetakan Ke 2, 2003. Buku garis panduan edisi terkini akan di keluarkan oleh KPM pada bulan APRIL 2011.

4.         Program Pemulihan Tahun 4, 5, Dan 6.

5.         Program Intervensi 3M Sekolah Menengah.

6.         Peranan Guru Pemulihan Khas Dalam LINUS Tahun 1.
6.1          Merujuk surat KPM.BPKHAS.300-2/2/12 bertarikh 4 Ogos 2010 tentang Peranan Guru Pemulihan Khas dalam Pelaksanaan Program LINUS, Guru Pemulihan Khas perlu mengambil murid LINUS Pemulihan/Tegar di tahun 1 selepas Saringan 2 dilaksanakan.

6.2          Sekiranya bilangan murid pemulihan di Tahun 2 dan 3 adalah sedikit (kurang daripada 20 murid), Guru Pemulihan Khas bolehlah mengambil murid LINUS Pemulihan/Tegar selepas Saringan 1.