TAKLIMAT PERLAKSANAAN SARINGAN 3, SARINGAN 6 & PENGISIAN DATA PROGRAM LINUS BAGI TAHUN 2011


Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
                        Tarikh             :           5 Oktober 2011 (Rabu)
                        Masa               :           2.30 – 5.00 petang
                        Tempat           :           Dewan Seri Warisan
                        Pengerusi      :           En. Ma’at Bin Kozin
           
3.         Berikut adalah maklumat am berkaitan Saringan 3 dan Saringan 6 bagi Tahun 2011:

PERKARA
TARIKH
Saringan Lisan
2 hingga 21 Oktober 2011
Saringan Bertulis
30 Oktober hingga 4 November 2011
Pengisian Data Online
7 hingga 11 November 2011

4.         Sehubungan itu, diminta seorang Penyelaras LINUS sekolah tuan untuk menghadiri taklimat tersebut. Guru akan menerima edaran CD (softcopy) yang mengandungi Instrumen Saringan 3 dan Saringan 6 pada hari berkenaan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Normalili Binti Idris, FasiLINUS PPD Kota Tinggi di talian 013-7476787.

Sekian, terima kasih.              


* Sila bawa cop sekolah bagi pengisian Borang Akuan Penerimaan