PINDAAN TARIKH BAGI TAKLIMAT SARINGAN 1 & 4 BAGI TAHUN 2012

Merujuk kepada perkara di atas.

2.   Adalah dimaklumkan bahawa taklimat mengikut zon yang dijadualkan pada 20 & 21 Februari 2012 dibatalkan.

3.  Oleh itu, taklimat tersebut ditunda mengikut ketetapan yang berikut :
          Tarikh    : 27 Februari 2012 (Isnin)
          Masa     : 8.00 pagi - 5.00 petang
          Tempat  : Dewan Sri Warisan (74 sekolah terlibat)
          * Pendaftaran pada pukul 8.00 pagi (Makanan disediakan)

4.   Sila bawa bersama-sama laptop, pendrive dan CD Saringan 1 & 4. 

5.   Sehubungan itu, seorang Guru LINUS Numerasi Tahun 2 atau Tahun 3 sekolah tuan diminta untuk menghadiri taklimat tersebut.   Sebarang pertanyaan sila hubungi FasiLINUS, Hj Latif bin Amran (019-7073438) atau Cik Normalili Binti Idris (013-7476787).

SEKIAN, TERIMA KASIH.