LATIHTUBI Saringan Khas PPD KOTA TINGGI

Sila muatturun fail PDF di bawah, sebagai latihtubi Saringan Khas LINUS Tahun 3 - 2012.

  1. PRA SARINGAN KHAS LITERASI SET 2
  2. KLON 1 SARINGAN KHAS NUMERASI
  3. KLON 2 SARINGAN KHAS NUMERASI
Sebarang pertanyaan, sila rujuk En Mohd Pahlawi Bin Bachok@Ahmad (LITERASI) dan Tn Hj Abdul Latif Bin Amran (NUMERASI).

Sekian, terima kasih.






PRA SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 3


Guru-guru Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 3,

Diminta muatturun Instrumen Pra Saringan Khas Tahun 3 pada pautan di bawah sebagai latihtubi Saringan Khas yang akan dilaksanakan bermula 9 - 13 April 2012 (mengikut zon).
  • Pelaksanaan Pra Saringan Khas adalah semasa waktu pembelajaran Bahasa Melayu / Matematik.
  • Masa yang ditetapkan adalah 30 minit sahaja.
  • Ditadbir secara senyap.
  • Dilarang membimbing/ membantu / membacakan soalan.
  • Kutip instrumen setelah 30 minit, dan semak.
  • Kenalpasti konstruk yang murid tidak menguasai. 
  • Bincangkan bersama-sama murid.

Sila klik, Instrumen Pra Saringan Khas LITERASI - Set 1


Sila klik, Instrumen Pra Saringan Khas NUMERASI - Set 1 



* Sebarang pertanyaan, sila rujuk FasiLINUS PPD Kota Tinggi.
* Daftar sebagai pengguna 4shared
* Format PDF (Acrobat Reader)





JADUAL PELAKSANAAN SARINGAN LINUS KOTA TINGGI

Latihtubi Saringan Khas Numerasi - Konstruk 10, 11 & 12

Untuk muatturun Latihtubi Saringan Khas Numerasi Tahun 3, sila klik pautan di bawah :





Makluman :
* Anda perlu mendaftar sebagai pengguna 4shared.
* Sila pastikan anda mempunyai perisian Acrobat Reader.

Sebarang pertanyaan berkaitan bahan latihtubi numerasi, sila hubungi Tn Haji Abdul Latif Bin Amran.
Jika anda menghadapi kesulitan untuk memuatturun bahan latihtubi tersebut, sila hubungi Cik Normalili Binti Idris.


Sekian, terima kasih.



Item Bertulis Numerasi Saringan Khas Tahun 3 - 2012


  • Konstruk 1, 2 dan 4 TIADA item yang diuji.
  • Konstruk 3 –>> 1 item 
    • Nombor : kemahiran membilang
  • Konstruk 5 –>> 1 item 
    • Wang : mengenali mata wang Malaysia
  • Konstruk 6 –>> 2 item 
    • Masa : membaca jam, menamakan hari, menyatakan waktu pagi, petang, siang & malam
  • Konstruk 7 –>> 6 item 
    • Tambah & Tolak    : 2 digit dengan 1 digit atau 2 digit
    • Darab & Bahagi   : sifir 2, 4, 5 dan 10 berdasarkan gambar
  • Konstruk 8 –>> 2 item 
    • Wang         : tambah dan tolak kurang RM1, tambah dan tolak kurang RM20
  • Konstruk 9 –>> 1 item 
    • Ukuran       : membanding gambar yang sedikit–banyak, tinggi–rendah, berat–ringan, setengah-kurang setengah dan lain-lain
  • Konstruk 10 –>> 2 item 
    • membina ayat Matematik  : menuliskan symbol  +,  -,  x,  ÷ berdasarkan masalah harian
  • Konstruk 11 –>> 2 item
    • Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi
    • baca dan selesaikan masalah harian operasi asas
  • Konstruk 12 –>> 3 item 
    • Wang, Masa & Ukuran - baca dan selesaikan masalah harian wang, masa dan ukuran


  1. Terdapat 20  item yang diuji mengikut 9 Konstruk di atas.
  2. Masa menjawab 30 minit
  3. Tiada bimbingan daripada guru untuk memahamkan item kepada murid-murid
  4. Latih tubi boleh tuan / puan lakukan berdasarkan apa yang saya saran dan senaraikan mengikut  Konstruk atau mengikut kebijaksanaan tuan / puan.
  5. Item yang dinilai dalam Saringan Khas lebih kepada kemahiran semasa Tahun 2
6.    Tuan / Puan boleh rujuk item-item Saringan 1 – 6 sebagai panduan pola soalan Saringan Khas atau tuan / puan boleh gunakan Latih-tubi Saringan Khas Numerasi yang dimuatnaik ke dalam blog LINUS Kota Tinggi.


Selamat maju jaya dan berjaya

Haji Abdul Latif bin Amran
FasiLINUS Numerasi

 

Terkini : Saringan Khas Tahun 3

Sila muatturun fail di bawah sebagai latihtubi Saringan Khas bagi semua murid Tahun 3 :


1) Latihan Bertulis Literasi - Set 1
2) Latihtubi Saringan Khas Numerasi - Konstruk 6
3) Latihtubi Saringan Khas Numerasi – Konstruk 7
4) Latihtubi Saringan Khas Numerasi – Konstruk 8


Makluman :
* Anda perlu mendaftar sebagai pengguna 4shared.
* Sila pastikan anda mempunyai perisian Acrobat Reader.

Sebarang pertanyaan berkaitan bahan latihtubi literasi di atas, sila hubungi En Mohd Pahlawi Bin Bachok@Ahmad. Manakala bagi bahan latihtubi numerasi, sila hubungi Tn Haji Abdul Latif Bin Amran.

Jika anda menghadapi kesulitan untuk memuatturun bahan latihtubi tersebut, sila hubungi Cik Normalili Binti Idris.



Sekian, terima kasih.




Latihan Bertulis Saringan Literasi Tahun 3 - Set L1

Guru-guru Bahasa Melayu Tahun 3,
Saringan Khas bagi murid Tahun 3 akan dijalankan pada 2 hingga 6 April 2012. Semua murid dikehendaki menduduki Saringan Khas ini termasuk murid perdana, linus dan linus tegar.
  • Terdapat 20 soalan/item yang perlu dijawab oleh murid dalam masa 1/2 jam.
  • Murid menjawab instrumen tanpa bimbingan guru.
  • Guru hanya membaca arahan di mukasurat hadapan sahaja.
  • Saringan Khas ditadbir secara formal.

Oleh itu, sila muatturun fail PDF ini untuk Latihan Bertulis Saringan Literasi Tahun 3 - Set L1. Sebarang pertanyaan, sila rujuk Encik Mohd Pahlawi Bin Bachok (016-7782872)

Sekian, terima kasih.