Contoh Surat Jemputan Ibu Bapa ke Karnival LINUS


 
NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH


                                   

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            Ruj. Tuan :        
                                                                                    Ruj. Kami :
                                                                                    Tarikh       :      September 2012

Ibu bapa/Penjaga Murid Tahun 1/Tahun 2/Tahun 3
(Nama Sekolah)

Tuan,

 JEMPUTAN KE KARNIVAL LINUS DAERAH KOTA TINGGI 2012

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan  telah dipilih untuk menyertai pertandingan Literasi/Numerasi/Bintang LINUS sempena Karnival LINUS Peringkat Daerah Kota Tinggi 2012.

3.         Sehubungan itu, pihak penganjur berbesar hati menjemput tuan/puan menghadiri program berkenaan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh              : 29 September 2012 (SABTU)
                        Masa               : Mulai 8.00 pagi
                        Tempat            : SK Bandar Mas, Kota Tinggi..
                        Tetamu Khas   : Yang Berbahagia Tuan Haji Azizan bin Md Rais
                                                  Pengurus Besar KEJORA
                                               
4.         Kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi semangat anak tuan/puan dalam menyempurnakan pertandingan yang disertai. Tuan/puan juga boleh membawa anak tuan/puan pulang selepas majlis penutupan dan penyampaian hadiah. Pihak penganjur turut menyediakan beberapa pertandingan untuk ibu bapa/penjaga yang hadir. Semoga kehadiran tuan/puan akan menambah kemeriahan karnival berkenaan.

Sekian, terima kasih.             


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,




(NAMA GURU BESAR )
Jawatan dan nama sekolah