PENDAFTRAN PESERTA DAN DOKUMEN TERKINI PERTANDINGAN SEMPENA KARNIVAL LINUS2.0 2014


PENDAFTARAN PESERTA KARNIVAL LINUS DAERAH KOTA TINGGI 2014 

Tarikh Karnival : 2 Oktober 2014



Pendaftaran karnival telah ditutup.

Terima kasih atas kerjasama anda.





DOKUMEN PERTANDINGAN
KARNIVAL LINUS2.0 DAERAH KOTA TINGGI 2014

1.0  PENDAHULUAN

Dalam usaha mencapai sasaran 100% murid-murid Tahun 3 menguasai semua konstruk literasi dan numerasi dalam program LINUS2.0, strategi yang pelbagai dan menarik harus sentiasa difikirkan oleh semua pihak. Kolaborasi pintar dan sokongan padu dalam kalangan guru-guru LINUS2.0, pentadbir sekolah, ibu bapa, komuniti setempat, Pegawai FasiLINUS, Jawatankuasa Kurikulum  Daerah LINUS, Majlis Guru Besar, dan komuniti perniagaan serta pemimpin politik perlu digerak sederap bagi memastikan sasaran yang digariskan menerusi sub-NKRA Pendidikan itu menjadi kenyataan. Justeru, Karnival LINUS2.0 Daerah Kota Tinggi 2014 merupakan platform yang ideal bagi menyediakan peluang kepada kelompok murid-murid Tidak Menguasai (TM) untuk bersaing menunjukkan kompetensi mereka dalam konstruk-konstruk yang telah ditetapkan, sekaligus berpotensi besar untuk berpindah ke kelompok Menguasai.

2.0  PENGANJUR UTAMA
UNIT LINUS PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

3.0  PENGANJUR BERSAMA
JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH (JKD) LINUS KOTA TINGGI

4.0  SOKONGAN DAN KERJASAMA
MAJLIS GURU BESAR DAERAH KOTA TINGGI

5.0  TARIKH dan MASA
2 Oktober 2014 (KHAMIS).  ½ 7.30 pagi hingga 2.00 petang

6.0  TEMPAT
SK Bandar Penawar 2, Kota Tinggi [Sekolah Berprestasi Tinggi]

7.0  PENYERTAAN SEKOLAH
Terbuka kepada semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dalam daerah Kota Tinggi.

8.0 PENYERTAAN PESERTA
Murid-murid Tidak Menguasai K1-K2 dan K3-K12 Tahun 1,  Tahun 2 dan Tahun 3 berdasarkan data NKRA  Saringan 1 2014 yang dipilih dan ditentukan oleh Penyelaras LINUS2.0 dan guru-guru program LINUS2.0 serta disahkan oleh guru besar sekolah masing-masing.

9.0 SUMBANGAN PENYERTAAN
Tiada bayaran.

10.0 MAKAN DAN MINUM
            Pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan makan dan minum kepada peserta pertandingan dan guru pengiring. Pihak sekolah perlu menguruskan makan dan minum peserta masing-masing.

11.0 KESELAMATAN
·         Pihak sekolah perlu memastikan prosedur dan peraturan membawa murid menyertai aktiviti luar sekolah dipatuhi sepenuhnya.
·         Setiap murid mesti mendapat kebenaran ibu bapa untuk mengikuti program dengan melengkapkan Borang Kebenaran Ibu Bapa.
·         Guru-guru pengiring mesti memastikan keselamatan murid-murid pada setiap masa.
·         Guru-guru pengiring mesti memastikan kenderaan yang digunakan mematuhi undang-undang dan peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan serta diselenggara dengan baik.


10.0  SYARAT-SYARAT UMUM PENYERTAAN
9.1              Peserta bagi semua jenis pertandingan mestilah terdiri daripada murid-murid kategori Tidak Menguasai berdasarkan data yang diperolehi menerusi portal NKRA bagi Saringan 1 Tahun 2014.
9.2              Pendaftaran penyertaan hendaklah dibuat secara dalam talian di                           linusppdkt.blogspot.com
9.3              Seorang murid dibenarkan menyertai hanya satu jenis pertandingan sahaja. Contoh  :  Murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan literasi tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan numerasi dan Bintang LINUS.
9.4              Sebarang bentuk bantuan atau tunjuk ajar sewaktu pertandingan tidak dibenarkan dan boleh menyebabkan pembatalan daripada meneruskan pertandingan.
9.5              Setiap peserta mesti berada di tempat pertandingan selewat-lewatnya 15 minit sebelum pertandingan bermula.
9.6              Sebarang pertukaran peserta mesti mendapat kebenaran dan pengesahan daripada Pengerusi Teknik Pertandingan.
9.7              Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad.
9.8              Hadiah disediakan bagi pemenang tempat pertama hingga tempat kelima.



11.0PENDAFTARAN
·         Pendaftaran semua jenis pertandingan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) menerusi alamat linusppdkt.blogspot.com
·         Tarikh tutup pendaftaran sebelum atau pada 30 September 2014.



12.0  KATEGORI PERTANDINGAN

NO. ACARA
BIDANG
TAHUN
KATEGORI ACARA
KATEGORI MURID
NAMA ACARA
1
LITERASI
1
INDIVIDU
K1 – K2
ULI-ULI HURUF
2
DUO
K3 – K12
MARI BINA DAN SUSUN
3
2
INDIVIDU
K1 – K2
CARI KAWAN
4
DUO
K3 – K12
SIAPA SAYA
5
3
DUO
K3 – K12
LOMPAT ADIK LOMPAT
6
NUMERASI
1
INDIVIDU
K1 – K2
JOM J-bor (Jom Jejak Nombor)
7
DUO
K3 – K12
JUM Numerasi (Jom Uji Minda Numerasi)
8
2
INDIVIDU
K1 – K2
KeSuLiN (Kenal Susun Tulis Numerasi)
9
DUO
K3 – K12
SuPaKiN (Susun Padan Kira Numerasi)
10
3
DUO
K3 – K12
Smart TAG (Touch Arrange Go)
11
DIDIK HIBUR
1, 2, 3
GRUP
(10 orang)
K1 – K12
BINTANG LINUS



PERTANDINGAN LITERASI
NO. ACARA
1
BIDANG
LITERASI
TAHUN
1
KATEGORI ACARA
INDIVIDU
KATEGORI MURID
K1 – K2
NAMA ACARA
ULI-ULI HURUF

Format dan Peraturan Pertandingan

PUSINGAN 1

1.  Setiap sekolah menghantar seorang wakil yang TIDAK MENGUASAI K1 dan K2.

2. Setiap murid yang terlibat akan diberikan tanah liat dan kad manila.

3. Permainan dimulakan dengan murid membentuk huruf menggunakan tanah liat apabila wisel dibunyikan .Murid akan membentuk huruf yang disebut oleh guru. Masa yang diberikan kepada murid untuk membentuk ialah 1 minit. Selepas wisel tamat dibunyikan markah akan diambil berdasarkan bentuk yang betul dan kekemasan.

4. Pertandingan dimainkan secara  serentak bagi semua peserta.

5. Murid akan membentuk sebanyak 10 huruf sepanjang pertandingan.

PUSINGAN 2

1. Murid masih kekal dalam kedudukan yang sama.

2. Permainan dimulakan dengan murid membentuk suku kata terbuka yang disebut oleh guru menggunakan tanah liat. Masa yang diberikan 2 minit untuk membentuk. Markah akan diambil berdasarkan bentuk yang betul dan kekemasan bentuk huruf tersebut.

3. Permainan dimainkan serentak bagi semua peserta

4. Murid akan membentuk 7 suku kata terbuka sepanjang pertandingan.


NO. ACARA
2
BIDANG
LITERASI
TAHUN
1
KATEGORI ACARA
DUO
KATEGORI MURID
K3 – K12
NAMA ACARA
MARI BINA DAN SUSUN

Format dan Peraturan Pertandingan.

1. Setiap sekolah akan menghantar 2 orang wakil dalam pertandingan ini.

2. Permainan ini akan dijalankan serentak bagi 4 kumpulan pertama , 4 kumpulan kedua dan seterusnya.Terdapat 2 stesen dalam permainan ini.

3. Permainan dimulakan dengan murid melompat gelung rotan bersama rakan. Kemudian apabila murid sampai di stesen pertama , murid diminta membina berapa banyak perkataan berdasarkan gambar yang ditampal di hadapan meja mereka menggunakan kad huruf yang disediakan di dalam bekas . Setiap perkataan yang betul diberi 2 markah. Contohnya   gambar yang diberikan ialah gambar roti, rumah dan teko seperti di bawah ini.













Pelajar diminta mengambil kad huruf dan membina perkataan   roti , rumah dan teko. Masa yang diberikan ialah 2 minit sahaja. Selepas wisel dibunyikan, murid akan mengambil bola pingpong dan membawanya menggunakan sudu ke stesen ke dua.

4. Di stesen kedua , murid dibekalkan dengan perkataan dan gambar . Murid diminta menyusun perkataan menjadi ayat yang betul. Masa yang diberikan adalah 3 minit sahaja. Selepas itu , wisel akan dibunyikan. Susunan ayat  yang betul diberikan 2 markah bagi setiap satu ayat.

5. Pemenang dikira daripada jumlah markah yang terbanyak.

6. Keputusan pengadil adalah muktamad.


NO. ACARA
3
BIDANG
LITERASI
TAHUN
2
KATEGORI ACARA
INDIVIDU
KATEGORI MURID
K1 – K2
NAMA ACARA
CARI KAWAN

FORMAT PERTANDINGAN KARNIVAL LINUS TAHUN 2
K1-K2
Padankan suku kata KV + KV , awalan atau akhiran berpandukan gambar.
15 GAMBAR DAN PERKATAAN DALAM MASA 3 MINIT.
Contoh :

                                                               
 BO __




      JU
KAD SUKU KATA KV   LA  BA
NO. ACARA
4
BIDANG
LITERASI
TAHUN
2
KATEGORI ACARA
DUO
KATEGORI MURID
K3 – K12
NAMA ACARA
SIAPA SAYA

FORMAT PERTANDINGAN KARNIVAL LINUS TAHUN 2 K3-K12
MELENGKAPKAN TEKA SILANG KATA BERDASARKAN GAMBAR.
MURID MELEKATKAN KAD HURUF BERDASARKAN GAMBAR UNTUK MELENGKAPKAN EJAAN
10 PERKATAAN DAN GAMBAR DALAM MASA 3 MINIT.


CONTOH:






Kad huruf
  K E R E T A T R A K T O R


NO. ACARA
5
BIDANG
LITERASI
TAHUN
3
KATEGORI ACARA
DUO
KATEGORI MURID
K3 – K12
NAMA ACARA
LOMPAT ADIK LOMPAT

Konstruk                     : 5-9
Format dan Peraturan Pertandingan:
1.      Pertandingan dijalankan secara kumpulan. 1 kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta.
2.      Pertandingan diadakan mengikut stesen yang ditetapkan. Terdapat 3 stesen dalam acara ini.
3.      Semua peserta akan berada di tapak permulaan.
4.      Peserta pertama akan mulakan pertandingan dahulu, sementara peserta kedua menunggu di belakang peserta pertama.
5.      Setelah wisel ditiupkan, peserta pertama akan  mengambil gambar yang disediakan di dalam kotak di stesen 1. Kemudian, peserta ini berlari dan melompat ke  dalam gelung rotan yang disediakan menuju ke stesen 2.
6.      Setibanya di stesen 2, peserta ini akan memilih 2 kad perkataan atau rangkai kata berdasarkan gambar yang telah diambil.
7.      Seterusnya, peserta ini akan berlari menuju ke stesen 3 untuk mempamerkan jawapan. Gambar dan   kad perkataan tadi mesti ditampal pada kertas mahjong yang telah disediakan di stesen 3.
8.      Setelah selesai, peserta pertama akan berpatah balik dan berlari menuju ke peserta ke 2 pula.
9.      Peserta pertama mestilah menyentuh tapak tangan peserta ke 2 sebelum meneruskan acara. Peserta ke-2 akan melakukan sama seperti peserta pertama tadi.
10.  Sekiranya peserta tidak menyentuh tapak tangan rakan, markah tidak akan diberi walaupun jawapan tersebut betul.
11.  Kedua-dua peserta akan meneruskan permainan sehingga wisel penamat dibunyikan.
12.  Masa diberikan ialah 3minit.
13.  Peserta yang dapat mengumpulkan paling banyak rangkai kata yang betul berdasarkan gambar dianggap pemenang tempat pertama.
14.  Peserta yang mengutip markah kedua dan ketiga tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga.
15.  Sekiranya terdapat keputusan seri, pusingan tambahan akan dijalankan sehingga pemenang akhir diperoleh.
16.  Hadiah disediakan sehingga tempat kelima.



Syarat-syarat Pertandingan.
1.      Terbuka kepada murid Tidak Menguasai K3 – K12 Tahun 3 sahaja.(berdasarkan data keputusan saringan 1, 2014).
2.      2 orang peserta sahaja bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian.
3.      Nama peserta mestilah sama seperti tercatat dalam Borang Pendaftaran Pertandingan.

Bahan dan Peralatan.
1.      Gambar
2.      Kad perkataan
3.      Kertas mahjong
4.      Meja
5.      Stop Watch
6.      Wisel/loceng





NO. ACARA
6
BIDANG
NUMERASI
TAHUN
1
KATEGORI ACARA
INDIVIDU
KATEGORI MURID
K1 – K2
NAMA ACARA
JOM J-bor (Jom Jejak Nombor)

ACARA 6 (INDIVIDU)
Bidang                                    : Numerasi
Kategori                                  : Tahun 1 TM (K1 – K2)
Nama Pertandingan              : Jom J-bor ( Jom Jejak Nombor )
Konstruk                                 : Konstruk 1 dan 2

Format dan peraturan pertandingan:
1.      Pertandingan dijalankan secara Individu. Seorang peserta bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian.
2.      Pertandingan terbahagi kepada 3 stesen.
3.      Setiap peserta hendaklah menyelesaikan setiap tugasan di setiap stesen yang telah ditetapkan.
4.      Masa keseluruhan yang ditetapkan adalah 7 minit.
5.      Wisel akan dibunyikan pada masa yang ditetapkan.
6.      Peserta yang menjawab setiap tugasan dengan betul dalam masa yang terpantas akan diumumkan sebagai pemenang.
7.      Sekiranya terdapat markah yang sama/seri, soalan tambahan akan diberikan untuk menentukan pemenang.
8.      Keputusan hakim adalah muktamad.

Stesen 1 : Mengenal Nombor (Konstruk 1)
1.      Setiap peserta disediakan bekas berisi nombor.
2.      Hakim akan menyebut nombor (1-20) dan peserta dikehendaki mencari dan mengambil nombor yang disebut tadi.
3.      Nombor yang telah diambil ditunjukkan kepada hakim untuk dinilai.
4.      Setiap peserta dikehendaki mengambil tiga (3) nombor yang disebut oleh hakim secara rawak.
5.      Apabila selesai, peserta akan bergerak ke stesen berikutnya.


Stesen 2 : Melengkapkan rangkaian nombor (Konstruk 1/2)
1.      Peserta dikehendaki melengkapkan rangkaian nombor (1-20) yang disediakan.
2.      Peserta akan memilih kad nombor yang tertinggal dan melengkapkannya.
3.      Apabila selesai, peserta akan bergerak ke stesen berikutnya.


Stesen 3 : Membilang (Konstruk 2)
1.      Peserta dikehendaki membilang manik berwarna mengikut nombor yang terdapat pada bekas (1-20).
2.      Hakim menilai melalui bilangan manik yang telah dimasukkan ke dalam bekas.
3.      Masa akan dihentikan sebaik sahaja murid melintasi garisan penamat pada hujung stesen.

NO. ACARA
7
BIDANG
NUMERASI
TAHUN
1
KATEGORI ACARA
DUO
KATEGORI MURID
K3 – K12
NAMA ACARA
JUM Numerasi (Jom Uji Minda Numerasi)

ACARA 7 (DUO)
Bidang                                    : Numerasi
Kategori                                  : Tahun 1 TM (K3 – K 12)
Nama Pertandingan              : JUM Numerasi (Jom Uji Minda Numerasi)
Konstruk                                 : Konstruk 6, 7 dan 11

Format dan peraturan pertandingan:
1.      Pertandingan dijalankan secara berpasangan/duo. Dua (2) peserta bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian.
2.      Pertandingan terbahagi kepada 3 stesen.
3.      Setiap pasangan hendaklah menyelesaikan setiap tugasan di setiap stesen yang telah ditetapkan.
4.      Masa keseluruhan yang ditetapkan adalah 7 minit.
5.      Wisel akan dibunyikan pada masa yang ditetapkan.
6.      Pasangan yang menjawab setiap tugasan dengan betul dalam masa yang terpantas akan diumumkan sebagai pemenang.
7.      Sekiranya terdapat markah yang sama/seri, soalan tambahan akan diberikan untuk menentukan pemenang.
8.      Keputusan hakim adalah muktamad.

Stesen 1 : Semalam dan Esok (Konstruk 6)
1.      Beberapa keping kad hari dalam seminggu akan diberikan kepada setiap pasangan peserta.
2.      Hakim meletakkan 1 hari sebagai penanda (hari ini) manakala setiap seorang murid akan memilih hari semalam dan hari esok.
3.      Hakim akan menilai setiap jawapan yang diberikan murid.
4.      Apabila selesai, peserta akan bergerak ke stesen berikutnya.




Stesen 2 : Padankan Baju dan Seluar (Konstruk 7)
1.      Setiap pasangan peserta dikehendaki melihat soalan melibatkan operasi asas tambah dan tolak pada gambar baju.
2.      Pasangan peserta perlu menyelesaikan ayat matematik tersebut dan mencari padanan jawapannya pada gambar seluar.
3.      Apabila selesai, peserta akan bergerak ke stesen berikutnya.

Stesen 3 : Kira dan Pancing (Konstruk 11)
1.      Pasangan peserta akan diberikan kad soalan.
2.      Seorang peserta manyelesaiakannya dan mencari jawapan.
3.      Apabila jawapan telah diperolehi, peserta tadi akan memberitahu rakannya jawapan tersebut.
4.      Rakannya dikehendaki memancing jawapan tersebut.
5.      Masa akan dihentikan sebaik peserta berjaya memancing jawapan yang betul.






NO. ACARA
8
BIDANG
NUMERASI
TAHUN
2
KATEGORI ACARA
INDIVIDU
KATEGORI MURID
K1 – K2
NAMA ACARA
KeSuLiN (Kenal Susun Tulis Numerasi)

ACARA 8 (INDIVIDU)
Bidang                                    : Numerasi
Kategori                                  : Tahun 2 TM (K1 – K2)
Nama Pertandingan              : KeSuLiN ( Kenal Susun tuLis Numerasi )
Konstruk                                 : Konstruk 1 dan 2

Format dan peraturan pertandingan:
1.      Pertandingan dijalankan secara Individu. Seorang peserta bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian.
2.      Pertandingan hanya melibatkan satu (1) stesen sahaja.
3.      Masa keseluruhan yang ditetapkan adalah 5 minit.
4.      Wisel akan dibunyikan pada masa yang ditetapkan.
5.      Peserta yang menjawab soalan dengan betul dalam masa yang terpantas akan diumumkan sebagai pemenang.
6.      Sekiranya terdapat markah yang sama/seri, soalan tambahan akan diberikan untuk menentukan pemenang.
7.      Keputusan hakim adalah muktamad.

Pertandingan Kenal Susun Tulis Nombor (Konstruk 1 dan 2)
1.      Peserta bergerak ke stesen dan membuka susunan nombor (0-100) yang di tutup dengan kain.
2.      Peserta perlu mengenalpasti nombor yang tertinggal.
3.      Kemudian, peserta perlu mencari nombor yang tertinggal pada bola yang telah dilekatkan dengan nombor di dalam baldi.
4.      Bola yang mempunyai nombor yang betul diambil dan dilekatkan pada ruangan nombor yang tertinggal.
5.      Bola diambil satu persatu sehingga semua ruang nombor tertinggal telah dilengkapkan.
6.      Apabila set turutan nombor yang lengkap telah terhasil, peserta dikehendaki menulis nombor tersebut di atas kertas yang disediakan.





NO. ACARA
9
BIDANG
NUMERASI
TAHUN
2
KATEGORI ACARA
DUO
KATEGORI MURID
K3 – K12
NAMA ACARA
SuPaKiN (Susun Padan Kira Numerasi)

ACARA 9 (DUO)
Bidang                                    : Numerasi
Kategori                                  : Tahun 2 TM (K3 – K 12)
Nama Pertandingan              : SuPaKiN ( Susun Padan Kira Numerasi )
Konstruk                                 : Konstruk 7 dan 12

Format dan peraturan pertandingan:
1.      Pertandingan dijalankan secara berpasangan/duo. Dua (2) peserta bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian.
2.      Pertandingan terbahagi kepada 3 stesen.
3.      Setiap pasangan hendaklah menyelesaikan setiap tugasan di setiap stesen yang telah ditetapkan.
4.      Masa keseluruhan yang ditetapkan adalah 7 minit.
5.      Wisel akan dibunyikan pada masa yang ditetapkan.
6.      Pasangan yang menjawab setiap tugasan dengan betul dalam masa yang terpantas akan diumumkan sebagai pemenang.
7.      Keputusan hakim adalah muktamad.

Stesen 1 : Menambah dan menolak (Konstruk 7)
1.      Peserta bergerak ke stesen secara berpasangan dan memilih sampul yang disediakan setiap seorang.
2.      Kemudian, peserta perlu membuka dan menjawab soalan yang terkandung di dalam sampul yang dipilih.
3.      Peserta akan memilih huruf yang disediakan berdasarkan jawapan yang telah dijawab.
4.      Setiap huruf akan diletakkan nombor yang merupakan jawapan kepada pengiraan tadi.
5.      Peserta perlu melengkapkan perkataan yang telah disediakan dengan memasukkan huruf-huruf yang telah dipilih melalui pengiraan yang dijalankan.

6.      Setelah selesai, peserta perlu mengambil satu kad dan melengkapkan ayat yang diberikan.

7.      Akhir sekali, kedua-dua peserta perlu melakukan aksi mengikut ayat tersebut.
Pasangan yang terpantas akan dikira sebagai pemenang.

Stesen 2: Gabung Nilai Wang ( Konstruk 12 )
1.      Peserta bergerak ke stesen secara berpasangan dan mengambil belon yang disediakan.
2.      Di dalam belon terdapat 1 kad nombor untuk pemilihan sampul.
3.      Peserta perlu meniup belon sehingga pecah dan mengambil kad nombor tersebut untuk memilih sampul.
4.      Di dalam sampul terdapat nilai wang yang berlainan.
5.      Peserta perlu mengira jumlah wang tersebut bersama pasangan dan pergi ke bahagian jualan.
6.      Peserta perlu mengambil kad yang tertera nama barang dan membuat pengiraan untuk menentukan barang yang mana boleh dibeli menggunakan jumlah wang yang ada.( Pengiraan dilakukan secara berpasangan)
7.      Peserta perlu menanda ( / ) pada nama barang yang boleh dibeli di dalam kad yang disediakan.
8.      Pasangan yang terpantas dan mempunyai pengiraan yang betul dianggap sebagai pemenang.

NO. ACARA
10
BIDANG
NUMERASI
TAHUN
3
KATEGORI ACARA
DUO
KATEGORI MURID
K3 – K12
NAMA ACARA
Smart TAG (Touch Arrange Go)

ACARA 10 (DUO)
Bidang                                    : Numerasi
Kategori                                  : Tahun 3 TM (K3 – K 12)
Nama Pertandingan              : Smart TAG ( Touch Arrange Go)
Konstruk                                 : Konstruk 6, 7 dan 12

Format dan peraturan pertandingan:
1.      Pertandingan dijalankan secara berpasangan/duo. Dua (2) peserta bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian.
2.      Pertandingan terbahagi kepada 3 stesen.
3.      Setiap pasangan hendaklah menyelesaikan setiap tugasan di setiap stesen yang telah ditetapkan.
4.      Masa keseluruhan yang ditetapkan adalah 10 minit.
5.      Wisel akan dibunyikan pada masa yang ditetapkan.
6.      Pasangan yang menjawab setiap tugasan dengan betul dalam masa yang terpantas akan diumumkan sebagai pemenang.
7.      Sekiranya terdapat markah yang sama/seri, soalan tambahan akan diberikan untuk menentukan pemenang.
8.      Keputusan hakim adalah muktamad.

Stesen 1 : Menyusun Bulan dalam Setahun (Konstruk 6)
1.      Beberapa keping kad bulan dalam setahun akan diberikan kepada peserta.
2.      Pasangan peserta dikehendaki menyusun kad tersebut dalam turutan yang betul.
3.      Apabila peserta selesai menyusun kad, pengadil akan memberikan markah berdasarkan kad yang disusun dalam turutan yang betul.
4.      Apabila selesai, peserta akan bergerak ke stesen berikutnya.



Stesen 2 : Menyelesaikan Operasi Asas (Konstruk 7)
1.      Empat (4) soalan yang melibatkan pengendalian operasi asas akan diberikan.
2.      Dua (2) soalan adalah membentuk pengiraan mudah. Manakala dua (2) soalan lagi melibatkan pengiraan operasi darab dan bahagi menggunakan objek konkrit yang disediakan.
3.      Pasangan peserta dikehendaki meletakkan bilangan yang betul bagi menunjukkan pengendalian operasi asas darab dan bahagi.
Nota: Contoh Alatan dan Bahan yang digunakan: batang aiskrim/ guli/ gula-gula.

Stesen 3 : Menentukan Nilai Wang (Konstruk 12)
4.      Pasangan peserta akan diberikan tiga (3) gambar barang beserta tanda harga di stesen ini.
5.      Beberapa set matawang Malaysia pelbagai nilai disediakan.
6.      Pasangan peserta dikehendaki menentukan kombinasi nilai yang betul bagi ketiga-tiga harga barangan tersebut.
7.      Pengadil akan menyemak nilai wang yang telah disusun oleh peserta.

ACARA 11
PERTANDINGAN BINTANG LINUS

1.     Pengenalan
Program Linus memberikan penekanan terhadap elemen didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran memandangkan murid-murid kategori Linus dan Linus Tegar mudah kehilangan fokus dan cepat bosan selain mudah lupa. Penggunaan didik hibur dalam PdP berupaya merangsang minat murid terhadap pengajaran guru. Justeru, Pertandingan Bintang Linus ini diyakini dapat membantu guru-guru untuk menjana idea yang pelbagai dalam usaha mereka memanfaatkan kaedah didik hibur di dalam kelas.

2.     Tujuan
Pertandingan Bintang Linus bertujuan menyediakan peluang kepada murid-murid Linus dan Linus Tegar untuk menunjukkan bakat dan mempamerkan keberanian semasa membuat persembahan. Menerusi siri latihan yang dilalui, murid-murid akan dapat memantapkan keupayaan membaca dan menghafal.

3.     Kriteria Penyertaan
3.1  Terbuka kepada  murid-murid Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
3.2  Setiap sekolah dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.
3.3  Penyertaan mestilah terdiri daripada murid kategori Tidak Menguasai Literasi Bahasa Malaysia atau Numerasi berdasarkan data Saringan 1  2014. (Murid yang hanya Tidak Menguasai literasi Bahasa Inggeris tetapi menguasai literasi Bahasa Malaysia atau numerasi TIDAK LAYAK menyertai pertandingan)
3.4  Jumlah ahli bagi setiap pasukan hendaklah tidak kurang daripada 5 orang dan tidak melebihi 10 orang.
3.5  Peserta boleh terdiri daripada murid-murid Tidak Menguasai (literasi BM atau numerasi) Tahun 1 sahaja atau Tahun 2 sahaja atau Tahun 3 sahaja atau gabungan Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (bergantung kepada jumlah murid TM di sekolah berkenaan).
3.6  Ahli kumpulan boleh terdiri daripada campuran murid lelaki dan murid perempuan.

4.     Lagu
4.1  Setiap kumpulan dibenarkan mempersembahkan maksimum dua (2) buah lagu.
4.2  Lagu hendaklah dalam Bahasa Melayu sahaja.
4.3  Lagu yang dipersembahkan boleh dipilih daripada lagu-lagu KBSR, KSSR, lagu kanak-kanak atau lagu rakyat yang bersesuaian.
4.4  Tempoh keseluruhan persembahan tidak melebihi 6 minit.
4.5  Sebanyak 2 markah akan ditolak jika masa persembahan melebihi 6 minit.

5.     Muzik Iringan
5.1  Penggunaan piano, kibod dan gitar secara live tidak dibenarkan.
5.2  Hanya muzik secara minus one dibenarkan.
5.3  Peserta dibenarkan memainkan alatan perkusi seperti kayu tik tok, woodblock, kerincing, kastenet atau loceng sahaja.

6.     Pakaian
6.1  Pakaian ahli kumpulan hendaklah bersesuaian dan sopan.
6.2  Aksesori pakaian  dibenarkan.
6.3  Penggunaan kostum dan props dibenarkan dan dinilai sebagai markah Daya Kreativiti
6.4  Tiada markah khusus bagi aspek pakaian.

7.     Pemarkahan

ASPEK
WAJARAN
Kejelasan dan kelancaran Sebutan
30
Dinamika Suara
20
Keseragaman Vokal dan Gerakan
20
Daya kreativiti
20
Pic dan Tempo
10
Jumlah
100

8.     Penghakiman
8.1  Hakim akan dilantik oleh Penganjur Karnival LINUS.
8.2  Keputusan hakim adalah muktamad.