BENGKEL LESSON STUDY LINUS2.0 TAHUN 2 2015
1 Februari 2015 hingga 11 Februari 2015

Bermula pada 1 Februari 2015 sehingga 11 Februari 2015, pegawai-pegawai Fasilinus Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi telah mengadakan Bengkel Lesson Study LINUS2.0 yang disasarkan untuk guru-guru tahun 2. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Ucapan terima kasih juga kami tujukan khas buat sekolah-sekolah yang menjadi tuan rumah bagi bengkel berkenaan yang melibatkan ketiga-tiga subjek utama linus, iaitu Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris, dan Matematik. Komitmen guru-guru dalam sesi pembengkelan sangat baik serta maklum balas guru-guru terhadap bengkel pada tahun ini sangat memberangsangkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat. Berikut adalah gambar-gambar sekitar Bengkel Lesson Study LINUS2.0 2015. 









TAKLIMAT AWAL TAHUN LINUS2.0 PPDKT 

TARIKH: 26 JANUARI 2015

TEMPAT: DEWAN SERI CENDANA,  PEJABAT PENDIDIKAN KOTA TINGGI