Karnival LINUS Kali Pertama Bagi Tahun 2011 Peringkat Daerah Kota Tinggi

Karnival LINUS Kali Pertama telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24 September 2011 bermula jam 7.30 pagi bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor. Karnival dimulakan dengan pendaftaran pelawat,pengesahan penyertaan Peserta Pertandingan dan pendaftaran Pegawai-pegawai / Hakim Pertandingan diikuti dengan sarapan pagi untuk Peserta Pertandingan, Urus Setia, Pegawai/Hakim Pertandingan, Pegawai/kakitangan Kem. Kesihatan dan Jab. Kebajikan Masyarakat.

Gambar : Beberapa kaunter dibuka bagi memudahkan pendaftaran

Gambar : Pendaftaran Pemeriksaan Murid LINUS
Gambar : Pendaftaran Peserta Pertandingan
Gambar : Antara ibubapa dan penjaga yang hadir menunggu acara dimulakan
Gambar : Pertandingan Mewarna Terbuka kepada semua murid


Gambar : Gerai Unit Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi

Gambar : Gerai Galeri Pemulihan Khas

Gambar : Gerai Jabatan Kebajikan Masyarakat
Gambar : Ketibaan YB Dato' Haji Baderi bin Haji Dasuki disambut oleh mesra oleh Pegawai PPD Kota Tinggi, Guru-guru Besar dan guru-guru terlibat
Gambar  : YB Dato' Haji Baderi menyaksikan demonstrasi silat oleh para pelajar
Gambar : Persembahan silat oleh para pelajar
Gambar : YB Dato' Haji Baderi, Timbalan PPD dan para tetamu menghayati persembahan pelajar
Gambar : Demonstrasi U Plus Mind
Gambar : Penyampaian Sijil Penghargaan untuk Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi
Gambar : Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Hospital Sultan Ismail



ABM E-ZEE COUNT














Merupakan ABM self-access learning kepada murid-murid :

  1. Rekaan & corak
  2. Mengecam Nombor 0 - 100
  3. Operasi tambah
  4. Operasi tolak
  5. Operasi darab
  6. Operasi bahagi
  7. Pecahan
  8. Perpuluhan
* Turut dibekalkan, Buku Panduan Pengunaa E-Zee Count
* Juga sesuai digunakan untuk P&P Literasi

Harga RM38.00 per unit, jika berminat sila hubungi/sms Cik Normalili Binti Idris (013-7476787)





PORTAL RASMI NKRA KPM

http://nkra.moe.gov.my/


* Pengisian Data LINUS Saringan 3 & 6 bagi Tahun 2011 bermula dari 7 hingga 15 NOVEMBER 2011
* Sebarang pertanyaan, sila hubungi FasiLINUS Daerah Kota Tinggi.
* Sila key in semua murid termasuk Murid Perdana, Murid OKU dan Murid LINUS / LINUS Tegar.

PENGISIAN DATA LINUS SARINGAN 3 & 6 TAHUN 2011


                                                                                                 Ruj. Tuan :      
                                                                                                 Ruj. Kami : JPA3005.05/600-10/2/5(    )
                                                                                                 Tarikh      :  2 November  2011

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Rendah,
Daerah Kota Tinggi.


Tuan,

PELAKSANAAN SARINGAN 3 DAN 6 PROGRAM LINUS 2011

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.         Berhubung perkara di atas, adalah diharapkan agar tuan dapat memastikan Saringan 3 dan 6 untuk program LINUS telah dijalankan di sekolah tuan. Saringan Lisan sepatutnya telah dilaksanakan antara 2 – 21 Oktober dan Saringan Bertulis dilaksanakan antara 31 Oktober – 4 November 2011.


PERKARA
TARIKH
Saringan Lisan
2 hingga 21 Oktober 2011
Saringan Bertulis
30 Oktober hingga 4 November 2011
Pengisian Data Online
7 hingga 11 November 2011



3.         Diharapkan tuan dapat memastikan guru tuan memuatnaik keputusan Saringan 3 dan 6 sekolah tuan ke dalam portal NKRA secara atas talian antara 7 – 11 November 2011 di alamat http://nkra.moe.gov.my/  Tuan juga diminta memastikan guru tuan dapat mengisi Borang Rumusan BPPI Murid LINUS Tegar dan LINUS PPD Kota Tinggi 2011 dan dikembalikan ke PPD (untuk perhatian FasiLINUS) sebelum 18 November 2011. (Borang Rumusan BPPI PPDKT disertakan atau boleh dimuatturun dari laman web PPDKT)

4.         Tuan adalah bertanggungjawab ke atas kemasukan data Saringan 3 dan 6 sekolah tuan. Kegagalan pihak tuan memuatnaik data Saringan ke dalam portal NKRA secara atas talian sebelum 11 November 2011 akan menjejaskan imej pengurusan sekolah, PPD Kota Tinggi dan JPN Johor.

5.         Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Normalili binti Idris FasiLINUS PPD Kota Tinggi di talian 013 7476787 dalam kadar segera.

Semoga dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya