Kerajinan Guru Membawa Kejayaan


Kerajinan adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Kerajinan dikatakan adalah sesuatu yang tidak dapat dikecualikan dalam kehidupan kita. Dengan adanya sifat kerajinan, seseorang akan mudah untuk mendapat kejayaan. Jika anda ingin dapatkan kejayaan, anda haruslah rajin. Oleh itu, kerajinan adalah berkaitan rapat dengan kejayaan.


Sifat rajin berusaha itu perlu disemai pada setiap insan dari kecil.
Ini dapat dibuktikan dari golongan-golongan yang berada di kalangan kita. Lihatlah guru-guru di hadapan kita, mereka adalah golongan yang rajin berusaha menimba ilmu dan pengetahuan dan akhirnya mereka  berjaya menjadi guru yang berjaya dan berdedikasi. Tanpa kerajinan, mereka tidak akan berjaya menjadi seorang guru. Tidak mungkin anda boleh mendapat kejayaan tanpa rajin dan berusaha. Setiap kejayaan adalah datang daripada usaha dan kerajinan seseorang. 

Sifat-sifat para perniaga  boleh dicontohi. Para perniaga memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Dengan sifat yang rajin dan berusaha semasa menjalankan perniagaan mereka, akhirnya mereka berjaya menjadi usahawan yang berjaya. Dengan itu, mereka akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang malas. Mereka juga berpeluang mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke peringkat antarabangsa. Dengan usaha yang gigih, mereka boleh mencapai kejayaan.

Tidak rugi jika kita sentiasa berusaha dan rajin belajar. Setiap insan yang rajin akan mendapat segala yang mereka inginkan. Oleh itu, dapatlah dikatakan sebenarnya kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa melakukan usaha yang bersungguh-sungguh. Setelah kita berjaya, kita akan dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat.
Semailah sifat kerajinan untuk mencapai kejayaan.

Didik dan ajarlah anak murid kita macam anak sendiri, lambat laun orang lain akan ajar anak kita sebagaimana kita mengajar. Seungguhnya dunia pendidikan ini umpama roda, segala jasa, pengorbanan dan penat lelah kita akan dibalas kelak.

Sekadar Motivasi
Aziz B. Mohd Damin
FasiLINUS LITERASI
PPD KOTA TINGGI