PINDAAN TARIKH BAGI TAKLIMAT SARINGAN 1 & 4 BAGI TAHUN 2012

Merujuk kepada perkara di atas.

2.   Adalah dimaklumkan bahawa taklimat mengikut zon yang dijadualkan pada 20 & 21 Februari 2012 dibatalkan.

3.  Oleh itu, taklimat tersebut ditunda mengikut ketetapan yang berikut :
          Tarikh    : 27 Februari 2012 (Isnin)
          Masa     : 8.00 pagi - 5.00 petang
          Tempat  : Dewan Sri Warisan (74 sekolah terlibat)
          * Pendaftaran pada pukul 8.00 pagi (Makanan disediakan)

4.   Sila bawa bersama-sama laptop, pendrive dan CD Saringan 1 & 4. 

5.   Sehubungan itu, seorang Guru LINUS Numerasi Tahun 2 atau Tahun 3 sekolah tuan diminta untuk menghadiri taklimat tersebut.   Sebarang pertanyaan sila hubungi FasiLINUS, Hj Latif bin Amran (019-7073438) atau Cik Normalili Binti Idris (013-7476787).

SEKIAN, TERIMA KASIH.

TAKLIMAT SARINGAN 1 & 4 BAGI TAHUN 2012


Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
            ZON BANDAR & SEDILI :
            Tarikh              :           20  Februari 2012  (Isnin)
            Tempat            :           Dewan Seri Warisan, Kota Tinggi  
            Masa                :           2.00 petang hingga 5.00 petang
                                                (Pendaftaran 2.00 petang – 2.30 petang)

             ZON AIR TAWAR & PENGERANG :
            Tarikh              :           21  Februari 2012 (Selasa)       
            Tempat            :           PKG Bandar Mas, Kota Tinggi    
            Masa                :           2.00 petang hingga 5.00 petang
                                                (Pendaftaran 2.00 petang – 2.30 petang)
             
3.         Sehubungan itu, seorang Guru LINUS Numerasi Tahun 2 atau Tahun 3 sekolah tuan diminta untuk menghadiri taklimat tersebut.   Sila bawa bersama-sama laptop dan pendriveSebarang pertanyaan sila hubungi FasiLINUS, Hj Latif bin Amran (019-7073438) atau Cik Normalili Binti Idris (013-7476787)

Semoga dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"