Persidangan Linus2.0 Peringkat Kebangsaan 2015

no image

Persidangan Linus2.0 peringkat kebangsaan telah diadakan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, Johor pada 14 hingga 16 Disember 2015 yang lalu bertemakan kelestarian LINUS2.0 Pemacu Pembelajaran Berkualiti. Hampir 600. Para peserta dari seluruh pelusuk negara daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pelbagai agensi kerajaan termasuk para guru, fasilinus, pegawai-pegawai JPN, pegawai-pegawai KPM, pegawai-pegawai BPG, pegawai-pegawai PADU, pegawai-pegawai LPM serta para pensyarah universiti dan IPG telah hadir bagi berkongsi pandangan dan ilmu sempena persidangan yang penuh gemilang ini. Tahniah diucapkan kepada semua warga pendidikan di Malaysia yang telah bersatu mengembeling keringat bagi merealisasikan PPPM 2013-2025 kearah pendidikan berkualiti melalui program LINUS2.0 ini.