PROGRAM SIBUK LINUS (Sokongan Ibubapa Untuk Kemajuan Linus)

PROGRAM SIBUK LINUS ( Sokongan Ibubapa Untuk Kemajuan Linus) DI SK TUN DR SYED NASIR ..Tahniah warga SKTDSN



Dialog Prestasi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah PPDKT bil 12 tahun 2015



Dialog Prestasi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah PPDKT bil 12 tahun 2015. Tuan PPD Kota Tinggi membentang keputusan Linus2.0 peringkat daerah serta fokus- fokus itama linus 2.0 bagi tahun 2016.Syabas kepada semua ahli jawatankuasa Dialog Prestasi. 








Mesyuarat Pengurusan Bahasa Inggeris JPN/PPD Negeri Johor

Fasilinus BI menghadiri mesyuarat pengurusan Bahasa Inggeris JPN/PPD Negeri Johor di Batu Pahat.











Program S.I.B.U.K Linus (Sokongan Ibubapa Untuk Kemajuan Linus)

Program S.I.B.U.K Linus (Sokongan Ibubapa Untuk Kemajuan Linus) di SK Sening pada 20 Disember 2015. Terima kasih dan syabas atas komitmen yang telah diberi oleh warga SK Sening dalam menjayakan program Linus2.0












Key Performance Index (KPI) LINUS2.0

Berikut adalah KPI terbaru program LINUS2.0

Persidangan Linus2.0 Peringkat Kebangsaan 2015

no image

Persidangan Linus2.0 peringkat kebangsaan telah diadakan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, Johor pada 14 hingga 16 Disember 2015 yang lalu bertemakan kelestarian LINUS2.0 Pemacu Pembelajaran Berkualiti. Hampir 600. Para peserta dari seluruh pelusuk negara daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pelbagai agensi kerajaan termasuk para guru, fasilinus, pegawai-pegawai JPN, pegawai-pegawai KPM, pegawai-pegawai BPG, pegawai-pegawai PADU, pegawai-pegawai LPM serta para pensyarah universiti dan IPG telah hadir bagi berkongsi pandangan dan ilmu sempena persidangan yang penuh gemilang ini. Tahniah diucapkan kepada semua warga pendidikan di Malaysia yang telah bersatu mengembeling keringat bagi merealisasikan PPPM 2013-2025 kearah pendidikan berkualiti melalui program LINUS2.0 ini.










Bengkel Penilaian Bahan Persidangan LINUS2.0 Peringkat Kebangsaan

Satu bengkel penilaian bahan persidangan LINUS2.0 peringkat kebangsaan telah diadakan di SK Parit Raja, Batu Pahat, Johor bagi memastikan bahan-bahan yang akan dipamerkan sempena persidangan LINUS2.0 adalah berkualiti dan memberi impak tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat memacu pendidikan berkualiti seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia












Penyeliaan LINUS2.0

Sepanjang bulan November dan Disember 2015, iaitu sepanjang hari cuti persekolahan, pegawai-pegawai Fasilinus PPDKT telah membuat  penyelian dokumen LINUS2.0 di sekolah-sekolah daerah Kota Tinggi bagi memastikan dokumentasi LINUS2.0 berada pada tahap yang terbaik. Berdasarkan penyeliaan yang telah dilaksanakan, kami mendapati kebanyakan dokumen-dokumen berkaitan dengan program LINUS2.0 berada pada tahap yang sangat baik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga sekolah di PPDKT.

Modul Linus

Penerimaan Modul Linus 2016. Pengagihan modul akan bermula pada 29 hingga 31 Disember 2015 bertempat di Dewan Seri Warisan, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.




















Kursus Pemantapan Pedagogi Pemulihan Bahasa Inggeris

Kursus Pemantapan Pedagogi Pemulihan Bahasa Inggeris Bagi Guru Tahun 1 dan Tahun 4 di SK Bandar Penawar 2 bermula pada 23 hingga 26 November 2015 yang lalu.






















Program SIBUK (Sokongan Ibubapa Untuk Kecemerlangan Linus)

Program SIBUK (Sokongan Ibubapa  Untuk Kecemerlangan Linus) di SK Lok Heng Selatan pada 23 November 2015.Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga SK Lok Heng Selatan yang telah menjayakan program tersebut .









Kunjungan Mesra

Kunjungan mesra fasilinus PPDKT ke SK Bandar Mas sempena persaraan Tuan Guru Besar,       Tuan Haji Ali Bin Md Sani, pada 19 November 2015. Beliau juga merupakan pengerusi Linus Kota yang telah banyak membantu PPDKT dalam menjayakan program LINUS2.0. Selamat bersara kami ucapkan dan jutaan terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang telah diberi.









BENGKEL PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR NUMERASI


BENGKEL PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR NUMERASI PROGRAM LINUS2.0 TAHUN 2015

               Tarikh / Hari               :           04 November 2015 / Rabu
Masa                           :           8.00 pagi hingga  5.00 petang
Tempat                       :           Dewan SK Muzaffar Syah
                                                Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi







Kursus Pemulihan Bahasa Inggeris bagi Tahun 1 dan Tahun 4

Gambar-gamabr sekitar Kursus Pemulihan Bahasa Inggeris bagi Tahun 1 dan Tahun 4 di Dewan Seri Warisan pada 15 hingga 19 November 2015




KURSUS PEDAGOGI PEMULIHAN BAHASA INGGERIS DAN PENDEDAHAN MODUL LITERASI BAHASA INGGERIS (BUKU 1, BUKU 2, DAN BUKU 3) KEPADA GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 4, 2015

KURSUS PEDAGOGI PEMULIHAN BAHASA INGGERIS DAN PENDEDAHAN MODUL LITERASI BAHASA INGGERIS (BUKU 1, BUKU 2, DAN BUKU 3) KEPADA GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 4, 2015

Seorang guru yang akan mengajar subjek Bahasa Inggeris Tahun 4 bagi tahun 2016 dikehendaki menghadiri kursus tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh / Hari
Masa
Zon
Tempat
15,16 dan 17 November 2015
(Ahad, Isnin dan Selasa)



8.00 pagi
-
5.00 petang
Zon Bandar dan Zon Sedili
Dewan Seri Cendana, PPD Kota Tinggi
23,24 dan 25 November 2015
(Isnin,Selasa dan Rabu)

Zon Air Tawar dan Zon Pengerang
Bilik 21st Century, SK Bandar Penawar 2

Makan dan minum peserta disediakan dan peserta layak untuk membuat tuntutan tambang bagi satu tempat duduk teksi pergi dan balik.

Semoga dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.


UNIT LINUS

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PEMULIHAN BAHASA INGGERIS BAGI GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 1 FASA 2, 2015

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PEMULIHAN BAHASA INGGERIS BAGI GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 1 FASA 2, 2015

Seorang guru Bahasa Inggeris yang telah menghadiri Kursus Pemantapan Pedagogi Pemulihan bagi guru Tahun 1 Fasa 1 dikehendaki menghadiri kursus tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh / Hari
Masa
Zon
Tempat
17.11.2015 (Selasa)
2.00 ptg – 5.00 ptg
Zon Bandar dan Zon Sedili
Dewan Warisan, PPD Kota Tinggi
19.11.2015 (Khamis)
8.00 pagi- 5.00 ptg
25.11.2015 (Rabu)
2.00 ptg – 5.00 ptg
Zon Air Tawar dan Zon Pengerang
Bilik 21st Century, SK Bandar Penawar 2
26.11.2015 (Khamis)
8.00 pagi- 5.00 ptg

Makan dan minum peserta disediakan dan peserta layak untuk membuat tuntutan tambang bagi satu tempat duduk teksi pergi dan balik.
Semoga dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

UNIT LINUS

SPECIALIST CERTIFICATE IN LITERACY DEVELOPMENT FOR LOWER PRIMARY STUDENTS 


VENUE: English Language Teaching Centre

DATE : 2 - 6 November 2015

PARTICIPANTS: Fasilinus form Johor