Verifikasi Data Saringan LINUS2.0 (saringan 2) Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi Tahun 2015

Verifikasi Data Saringan LINUS2.0 (saringan 2) Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi Tahun 2015. Terima kasih kepada semua penyelaras dan wakil LINUS2.0 daerah Kota Tinggi yang telah memberi kerjasama yang baik dalam memastikan perjalanan sesi verifikasi data ini berjalan lancar.



PROGRAM SIBUK- PRASEKOLAH

PROGRAM SIBUK- PRASEKOLAH ( Sokongan Ibu Bapa Untuk Kemajuan Prasekolah) di SK BANDAR MAS pada 28 Oktober 2015. Terima kasih kepada ibubapa yang hadir dan tahniah kepada guru penyelaras LINUS2.0 SK Bandar Mas, Puan Noraini Binti Hj Musran atas usaha murni memberi pendedahan kepada ibubapa tentang kepentingan sokongan ibu bapa terhadap pendidikan awal anak-anak di pra sekolah.




BENGKEL PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR NUMERASI PROGRAM LINUS2.0 TAHUN 2015




BENGKEL PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR NUMERASI PROGRAM LINUS2.0 TAHUN 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut :

                    Tarikh / Hari               :  04 November 2015 / Rab
                     Masa                          :  8.00 pagi hingga  5.00 petang
                     Tempat                      :  Dewan SK Muzaffar Syah
                                     Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi

Alatan perlu dibawa : Kad manila, gam, gunting/cutter,
pembaris besi, pen marker dan alat tulis.
                       
Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan seorang guru yang mengajar subjek Matematik Tahap 1 bagi menghadiri bengkel tersebut. Makan dan minum peserta bengkel disediakan oleh penganjur. 
                                                  
Semoga dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.




MESYUARAT PRE COUNCIL JAWATANKUASA INDUK PROGRAM LINUS2.0 BIL 2 TAHUN 2015 PERINGKAT NEGERI JOHOR DI SK SERI PULAI PERDANA, KULAI





Pedagogi Pra Sekolah Kota Tinggi



Tahniah kepada guru Pra sekolah Kota Tinggi yang sangat proaktif dalam mengaplikasikan kaedah 'Tingkap Suku Kata' yang diperkenalkan oleh Cikgu Azlinda dari Sk Bandar Kota Tinggi semasa Bengkel Pemantapan Inisiaif Intervensi Prasekolah Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia (IIP-TKBM). Semoga memberi manfaat dan kesan positif terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak pra sekolah di Kota Tinggi. Kami yakin dan percaya kaedah-kaedah lain yang telah dikongsikan oleh jurulatih pra sekolah Kota akan turut digunakan semasa proses PdP kearah meningkatkan kualiti pendidikan. Terima kasih kepada semua JU yang terlibat. Syabas diucapkan kepada guru pra sekolah Ko

Bengkel Pemantapan Inisiaif Intervensi Prasekolah Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia (IIP-TKBM) di Dewan Seri Warisan, PPDT pada 19 Oktober 2015.

Bengkel Pemantapan Inisiaif Intervensi Prasekolah Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia (IIP-TKBM) di Dewan Seri Warisan, PPDKT pada 19 Oktober 2015. 








VERIFIKASI DATA LINUS2.0 (SARINGAN 2) LITERASI BAHASA MALAYSIA , LITERASI BAHASA INGGERIS DAN NUMERASI TAHUN 2015




Sukacita dimaklumkan bahawa kutipan dan verifikasi data saringan 2 LINUS2.0 akan diadakan pada ketetapan berikut:

MASA
TARIKH
SEKOLAH-SEKOLAH
LOKASI
2.30 petang
hingga
5.00 petang
27.10.2015 Selasa
Zon Bandar
Bilik Mesyuarat Seri Kenanga PPDKT
Zon Air Tawar
PKG Bandar Mas
28.10.2015 Rabu
Zon Sedili
Bilik Mesyuarat Seri Kenanga PPDKT
ZOn Pengerang
PKG Bandar Mas

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan penyelaras LINUS2.0 2015 atau wakil untuk hadir dengan membawa:
1.       YES/Broadband
2.       Komputer riba
3.       BPPI yang diisi dengan tepat dan disahkan oleh pentadbir
4.       Cetakan rumusan keputusan saringan daripada PORTAL NKRA
5.       Softcopy Justifikasi Murid LINUS PPDKT ( sila muat turun daripada www.ppdkotatinggi.edu.my)
6.       RS LINUS

Sekian, harap maklum


Unit LINUS PPDKT